Sunday, November 7, 2010

Mutiara Kata 01~~

>"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam    diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

 >"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

>"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

>"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

>"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

>"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

>"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

>"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

>"Tindakan tidak semestinya menjamin kegahagiaan, namun tanpa tindakan, kebahagiaan tidak mungkin wujud"

>"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

*senyumlah, senyumlah... ahai cek mek molek!!! =D

No comments:

Post a Comment